Pernahkah anda merasa tidak tenang sedangkan anda sebenarnya telah mendapat apa sahaja yang anda idamkan selama ni?
Anda berada di suatu majlis yang tetamunya merupakan antara insan-insan yang anda sayang tetapi anda tetap berasa sunyi. Adakah ini pernah terjadi kepada kalian?
Kata orang wang bisa beli segala-galanya. Anda mempunyai sejumlah wang yang banyak di tangan dan telah membeli segala macam benda yang anda mahukan. Namun, pabila anda dapat apa yang anda inginkan, anda rasakan ada sesuatu yang kurang. Pernahkah anda mengalami situasi sebegini?
Manusia yang memiliki segala apa yang mereka inginkan namun masih tidak merasa tenang kerana dalam HATInya tiada nur atau cahaya keimanan. Mana mungkin kita akan tenang sedangkan kita terlalu memburu kesenangan DUNIA yang bersifat SEMENTARA dan abaikan bekalan untuk ke AKHIRAT yang kita akan KEKAL di dalamnya.
"BEKERJALAH seperti kamu akan HIDUP seribu tahun lagi dan BERIBADAHLAH seperti kamu akan MATI esok hari"
Pasti saja kalian pernah mendengar ayat di atas sebelum ini. Jadi, kita bukan hanya perlu mengejar kenikmatan dunia dan melupan amal untuk bekalan kita di akhirat sana. Namun jangan pula kalian terlalu khusyuk beribadah sedang kita masih perlu mencari rezeki untuk hidup di bumi Tuhan ini. Kedua-duanya harus seimbang, jangan terlalu melebihkan sesuatu lalu mengurangkan sesuatu yang lain dan sebaliknya. Dan yang sebaiknya bersifat sederhanalah dalam semua perkara dan semoga apa yang kita lakukan mendapat keredhaanNya. Amin.
"insan yg merasakan mereka miliki segala-galanya di dunia ni sebenarnya tidak memiliki apa-apa dan insan yg merasakan bahawa mereka tidak memiliki apa-apa di dunia ini sebenarnya mereka itulah yg miliki segala-galanya."
No comments:
Post a Comment