Kata orang cinta perlukan pengorbanan
Lantaran itu ku lepaskan ia pergi kerana Dia
Bukan kerna tiada lagi cinta di hati
Namun ku takutkn azabNya di sana nanti
Andai ada rasa rindu bertandang suatu hari
Akan ku biarkan putaran waktu membawa ianya pergi
Bukan ku tolak fitrah insani
Tapi tak mahu berharap kepada yang tak sudi
Kerna mencintai tak semestinya memiliki
Lantas ku redha ketentuan Ilahi
Andai ada jodoh antara kami
Pastinya kasih lama bertaut kembali
No comments:
Post a Comment